Berita Terkini 20 Aug, 2021

Berita Terkini| Berhimpun, bakar lilin peringati mangsa Covid-19! 31 individu dikompaun RM62k!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Kira-kira 31 individu dibawa ke balai polis selepas ditahan ketika perhimpunan memperingati mangsa yang maut akibat Covid-19 di Dataran Merdeka, pada 19 ogos 2021. - Kredit Foto: Freemalaysiatoday


KIRA-KIRA 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang berhimpun sambil membakar lilin dan memegang kain rentang putih pada program memperingati individu gugur disebabkan pandemik Covid-19 dikompaun RM62,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellan Yahaya berkata, tindakan diambil selepas Pasukan Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengesan mereka berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 8 malam Khamis, 19 Ogos 2021.

“Kesemua mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 itu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.

"Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (perhimpunan tanpa notis); Seksyen 21a Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (no. 2) 2021 (kawalan berhimpun),” katanya dalam kenyataan Jumaat, 20 Ogos 2021.

Sehubungan itu, Noor Dellhan menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memerangi wabak Covid-19 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal berbuat demikian. - KitaReporters


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellan Yahaya berkata, tindakan diambil selepas Pasukan Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengesan mereka berhimpun di dataran Merdeka. Kredit Foto: Malaysiagazette


0
0
1
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago