Berita Terkini 04 Jul, 2021

Berita Terkini| Pelajar tingkatan 5 pinjam duit ah long! Judi dalam talian, belanja bercinta!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Kebanyakan peminjam yang terjerat dengan pinjaman ah long tidak ketahui maklumat lanjut mengenai kadar faedah ditetapkan. Kredit foto: mStar.com.my


Pelajar tingkatan lima di Kelantan antara individu yang meminjam wang daripada ah long bagi digunakan untuk berjudi secara dalam talian serta penuhi tuntutan pasangan ketika bercinta.

Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK), Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berdasarkan aduan diterima oleh pihaknya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

“Sehingga kini PPIK telah terima 280 aduan berkaitan individu yang tidak dapat bayar pinjaman ah long di negeri  ini. Jumlah itu dikira berdasarkan purata, 10 aduan daripada peminjam diterima pihak kami setiap hari.

“Berdasarkan aduan, peminjam terutamanya golongan muda terpaksa meminjam ah long ekoran masalah kewangan dihadapi mereka. Selain desakan hidup, ada yang gunakannya untuk sertai judi dalam talian.

“Terbaharu, kita terima aduan daripada dua orang pelajar tingkatan lima yang meminjam wang daripada enam orang ah long semata-mata kerana ingin berjudi dalam talian dan bagi penuhi tuntutan pasangan ketika bercinta,” katanya dipetik laporan Kosmo, 4 Julai 2021.

Tambah beliau, daripada jumlah pinjaman RM1,000 mereka kini berhutang hampir RM30,000 dengan ah long termasuk kadar faedah dan keadaan itu menyebabkan seluruh keluarga turut diburu oleh ah long ketika ini.

Ujarnya Mohd Fared lagi, kebanyakan peminjam yang terjerat dengan pinjaman ah long tidak mengetahui maklumat lanjut mengenai kadar faedah ditetapkan. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago