Berita Terkini 18 Jul, 2021

Berita Terkini| Dikurniakan gelaran Datuk! Jaguh basikal Azizulhasni, pengarah JKNT Dr Nor Azimi!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Mohd Azizulhasni dan Dr Nor Azimi Yunus (kanan) kini bergelar Datuk


Jaguh basikal negara yang juga anak kelahiran Dungun, Terengganu iaitu Mohd Azizulhasni Awang dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Datuk Isa @ Ghazali Endut memaklumkan pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu berkuat kuasa mulai 18 Julai 2021.

Selain Azizulhasni, turut dianugerahkan DPMT ialah lima orang doktor iaitu Pengarah Kesihatan  Negeri Terengganu (JKNT), Dr Nor Azimi Yunus serta Timbalan Pengarah JKNT,  Dr Kasemani Embong.

Tiga doktor lagi ialah  Pakar Perunding Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Ahmad Kashfi Ab Rahman; Pakar Perunding Anesthesiologi & Intensivist HSNZ, Dr Mohd Ridhwan Mohd Noor serta  Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC COVID-19 Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Hasnan Arwit @ Hassan.

Sultan Terengganu turut berkenan anugerahkan Darjah Kebesaran DPMT itu kepada empat lagi individu iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Azri Sani Mazlan; Pengerusi Eksekutif Hours Intertrade (M) Sdn Bhd, Md Nor Ismail; Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Mohamad Zahari Harun serta Pengarah Urusan Arup Jururunding Sdn Bhd, Wan Anuar Wan Endut.

Selain itu, Sultan Mizan turut mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu (SMT) kepada empat lagi doktor iaitu Pakar Patologi HSNZ, Dr Fatimah Haslina Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Azmani Wahab; Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Saifur Rahman Muhammad dan Pengarah Hospital Hulu Terengganu, Dr Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pula dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

“Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Tahun 2021 itu akan diadakan pada satu tarikh akan ditetapkan kemudian,” katanya menerusi kenyataan sebagaimana dilaporkan oleh Bernama pada 18 Julai 2021. KitaReporters


1
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago