Berita Terkini 31 Jul, 2021

Berita Terkini| Agong isytihar Proklamasi Darurat di Sarawak! Tangguh PRN hingga 2 Feb 2022!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Kredit foto: Bernama


YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat untuk menggantung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula Isnin, 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022, sekali gus menggantung PRN daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.

Titah baginda, Proklamasi Darurat diisytiharkan bagi mengelak wabak Covid-19 terus merebak.

Menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sepatutnya terbubar pada 7 Jun 2021 lepas, namun fasal berkenaan tidak mempunyai kuasa menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung pembubaran DUN itu.

Warta Kerajaan Persekutuan itu menyebut ordinan berkenaan akan terhenti berkuat kuasa pada 2 Ogos menurut Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021, di mana PRN Sarawak dikehendaki diadakan dalam 60 hari dari tarikh 2 Ogos mengikut Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak.

“Dan bahawasanya Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam keadaan yang tersebut, beta boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat untuk menggantung pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri untuk menghalang daripada terus merebaknya wabak Covid-19 jika pilihan raya umum diadakan,” titah Seri Paduka dalam warta berkenaan seperti dipetik oleh Bernama.

Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang itu turut menyatakan perkara itu akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago