Berita Terkini 09 Jul, 2021

Berita Terkini| Polis berpangkat ASP ditahan SPRM! Didakwa minta RM200k daripada pengedar dadah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

PEGAWAI polis berpangkat ASP dan berusia 48 tahun ditahan selepas disyaki meminta suapan sebanyak RM200,000.


SEORANG pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) di Kota Bharu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan pegawai itu meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

Menurut sumber, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan kira-kira jam 10 pagi Khamis, 8 Julai 2021.

Sehubungan itu, SPRM mendapat perintah tahan reman selama empat hari yang dikeluarkan oleh Majistret Rozaidi Yaacob di Mahkamah Majistret Kota Bharu 2.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain mengesahkan penahanan itu dan berkata suspek dipercayai meminta suapan itu sejak tiga bulan lalu untuk melepaskan kes berkaitan dadah.

"Pegawai polis itu dikatakan diberi wang sebanyak RM100,000 baru-baru ini. SPRM masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi individu terbabit," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Jumaat, 9 Julai 2021.

Tangkapan berkenaan membabitkan nilai terbesar dikesan SPRM Kelantan setakat tahun ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. KitaReporters


Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain berkata, tangkapan berkenaan membabitkan nilai terbesar dikesan SPRM Kelantan setakat tahun ini. Kredit Foto: freemalaysiatoday.com


5
2
5
1
5
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago