Berita Terkini 11 Jul, 2021

Berita Terkini| Perlis benarkan solat raya di tanah lapang! Juga aktiviti agama mulai 13 Julai!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selaras dengan sunah selain dapat mengurangkan risiko  Covid-19 dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup. - Kredit foto: Sinar Harian


PERLIS muncul menjadi negeri pertama membenarkan solat sunat raya Aidiladha pada 20 Julai 2021 ini dan dilaksanakan di tanah lapang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selaras dengan sunah selain dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup.

“Solat akan dilaksana pada jam 8 pagi di tanah lapang pekarangan masjid dan bilangan jemaah yang dibenarkan bergantung kepada kapasiti luas kawasan tersebut,” titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Arau pada Ahad, 11 Julai 2021.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, bagi penyertaan yang optimum, solat boleh dilakukan secara dua sesi iaitu pada 8 pagi bagi sesi pertama dan jam 9 pagi bagi sesi kedua.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan seperti hujan lebat, solat boleh dilakukan di dalam masjid mengikut saiz masjid.

“Semua jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan,” titah baginda.

Sementara itu, baginda bertitah, SOP penjarakan fizikal bagi solat fardu dikurangkan kepada 1.5 meter dan aktiviti pengajian serta kuliah agama dibenarkan bermula 13 Julai 2021. - KitaReporters


SEMUA jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan. - Kredit foto: Sinar Harian

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago