Berita Terkini 23 Jul, 2021

Berita Terkini| 38 lagi jenazah Covid-19 diurus HTAR! Babitkan jenazah Islam dan bukan Islam!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

HTAR mendapat bekerjasama dengan JAIS dan APM bagi menguruskan proses pengebumian 38 pesakit Covid-19


HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berjaya menguruskan 38 lagi jenazah pesakit Covid-19 yang membabitkan jenazah beragama Islam dan bukan Islam, pada Khamis, 22 Julai 2021.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) bagi urusan pengebumian 12 jenazah beragama Islam.

"Alhamdulillah, pasukan kami menerima satu lagi bantuan iaitu APM bagi memantapkan urusan Ops Bersepadu hari ini, selain kolaborasi bersama JAIS.

'Kerjasama ini adalah penting dalam usaha menyelesaikan fardu kifayah bagi jenazah Covid-19 di HTAR supaya ia berjalan lancar dan sejumlah 10 jenazah selamat diuruskan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang manakala dua jenazah lagi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Jumaat, 23 Julai 2021.

Dr.  Zulkarnain berkata, selain yang dikebumikan menerusi Ops Bersepadu, baki jenazah berkenaan diuruskan oleh waris sendiri iaitu dalam kalangan bukan Islam dan beragama Islam. - KitaReporters 


PETUGAS menghantar jenazah pesakit Covid-19 ke bilik penyimpanan mayat di kontena Forensik HTAR. Kredit Foto: Utusan Malaysia

0
0
1
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago