Berita Terkini 23 Jul, 2021

Berita Terkini| Tak boleh rakam gambar, video suntik vaksin! Tapi boleh minta tunjuk picagari!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

KERAJAAN tidak dapat memenuhi permintaan orang ramai merakam gambar atau video ketika disuntik di pusat penerimaan pemberian vaksin (PPV)


BAGI memastikan kelancaran proses vaksinasi, kerajaan tidak membenarkan penerima vaksin merakam gambar dan video sepanjang proses pemberian vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, penerima vaksin bagaimanapun boleh meminta petugas menunjukkan picagari sebelum dan selepas proses suntikan.

"Maaf, kerajaan tak dapat memenuhi permintaan orang ramai merakam gambar atau video ketika disuntik di pusat pemberian vaksin (PPV).

"Perbuatan itu dikhuatiri mengganggu kelancaran proses vaksinasi di PPV. Namun penerima vaksin boleh meminta petugas menunjukkan picagari sebelum dan selepas suntikan dilakukan," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Jumaat, 23 Julai 2021.

Beliau mengulas gesaan beberapa pihak supaya orang ramai dibenarkan merakamkan gambar atau video ketika proses suntikan vaksin Covid-19.

Mengulas lanjut, Ahmad Amzad berkata, MOSTI sudah mengarahkan petugas di PPV menunjukkan picagari kepada penerima sebelum dan selepas suntikan.

Tegas beliau, langkah itu bertujuan memberi keyakinan kepada penerima yang picagari digunakan mengandungi cecair vaksin Covid-19. - KitaReporters


0
0
1
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago