Berita Terkini 10 Aug, 2021

Berita Terkini| 65 kluster Covid-19 masih aktif di NS! Industri Senawang kumulatif tertinggi!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada penduduk. - Kredit foto: FB Pejabat Kesihatan Kuala Pilah


NEGERI Sembilan merekodkan sebanyak 65 kluster Covid-19 yang masih belum diisytiharkan tamat sehingga kini yang melibatkan 50 kluster tempatan dan 15 kluster import.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata tiga kluster catatkan kes kemulatif tertinggi ialah Industri Senawang dengan 2,133 kes;  Industri Lorong Senawang Empat (886) dan Pedas 2 sebanyak 636 kumulatif kes.

“Bagaimanapun sehingga 9 Ogos 2021, terdapat penambahan kes positif Covid-19 melibatkan sembilan kluster. Antaranya Industri Jalan Senawang Tiga, Industri Ringan Mantin, Pasar Besar Seremban, Industri Lengkok Emas Nilai serta Industri Chembong.

“Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri tersebut sebanyak 79,992 kes dengan 71,109 kes telah sembuh, 8,064 kes masih menerima rawatan di wad dan 819 kes telah meninggal dunia.

“Selain itu, jumlah kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah iaitu jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir merekodkan 12,603 kes aktif,” katanya dipetik daripada laporan Sinar Harian pada 10 Ogos 2021.

Tambah beliau, orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago