Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, hasil maklumat dan risikan mendapati lokasi itu kembali aktif menjadi sarang penagihan sejak April lalu. - Kredit foto: Utusan Malaysia
TINDAKAN licik seorang pengedar dadah yang menjadikan hutan sebagai ‘port’ untuk urusan jual beli dadah di Teluk Gadong, Klang akhirnya kantoi selepas diserbu oleh pasukan polis, 2 Ogos 2021 lalu.
Ketua Polis
Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, hasil
maklumat dan risikan mendapati lokasi itu kembali aktif menjadi sarang
penagihan sejak April 2021.
Dalam
serbuan bermula pukul 5 pagi itu, pengedar tersebut ditahan bersama 18 individu
lain yang kesemuanya berusia 25 hingga 60 tahun.
Sahmsul
menjelaskan kawasan itu pernah diserbu
sebelum ini sebanyak dua kali pada pertengahan tahun lalu.
“Siasatan
awal mendapati pengedar itu mendapat bekalan dari lelaki tempatan di lokaliti
sama sebelum menjualnya dalam bentuk peket pada harga RM15 hingga RM40.
“Semasa
tangkapan dilakukan suspek sedang menjalankan aktiviti jual beli selain
menghisap dadah,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Rabu, 4 Ogos
2021.
Kata Shamsul
Amar, pihaknya turut merampas dadah jenis heroin seberat 33.68 gram (g) dan
syabu 2.01g bernilai RM1,355.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A (1), 12 (2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - KitaReporters