Berita Terkini 13 Sep, 2021

Berita Terkini| KWSP lancar 2 inisiatif baharu! Ringankan majikan urus aliran kewangan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan dua inisiatif baharu untuk majikan bagi meringankan pengurusan aliran kewangan ketika tempoh pandemik, sekali gus membolehkan pelaksanaan tanggungjawab statutori ke atas pekerja.

KWSP berkata, dua inisiatif berkenaan ialah pengecualian caj lewat bayar caruman, berkuat kuasa secara automatik bermula caruman September hingga Disember 2021 serta Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR).

Majikan diberi kelonggaran tempoh bayaran caruman bulan semasa melalui inisiatif pengecualian caj lewat bayar caruman, selain berpeluang mendapatkan pengurangan menyelesaikan baki caj lewat bayar tertunggak menerusi e-PaR.

"Pengecualian caj lewat bayar caruman merujuk kepada caj dikenakan ke atas majikan gagal membayar caruman wajib KWSP pada atau sebelum 15 haribulan setiap bulan.

"Walaupun tarikh akhir untuk membayar caruman tidak berubah, majikan boleh membayar caruman mereka melalui inisiatif ini sehingga akhir setiap bulan tanpa dikenakan caj lewat bayar.

"Ini akan memberi fleksibiliti kepada majikan untuk mengurus aliran tunai mereka dengan lebih efektif semasa tempoh mencabar ini, selain tidak perlu membuat sebarang permohonan bagi inisiatif berkenaan," katanya dalam kenyataan, Isnin 13 September 2021. - KitaReporters


17
14
0
14
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago