Tempoh bayaran cukai tanah di Pahang telah dilanjutkan hingga 31 Ogos 2021 lalu dan kini dilanjutkan lagi hingga 30 September 2021.
Tempoh bayaran
cukai tanah tahun 2021 kepada semua pemilik tanah berdaftar di Pahang dilanjutkan
lagi hingga 30 September 2021.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan kerajaan negeri itu bagi hargai komitmen pemilik tanah yang tetap tunaikan tanggungjawab jelaskan bayaran cukai tanah walaupun dalam situasi mencabar akibat Covid-19.
“Susulan lanjutan pembayaran ini, diharapkan pemilik tanah dapat terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menunaikan tanggungjawab jelaskan bayaran cukai tanah masing-masing.
“Denda lewat hanya akan dikenakan bermula 1 Oktober 2021 sahaja,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro pada 3 September 2021.
Untuk info,
pada Mei 2021 lalu Kerajaan Negeri Pahang telah melanjutkan tempoh bayaran
cukai tanah hingga 31 Ogos 2021 sebelum dilanjutkan lagi hingga 30
September 202. - KitaReporters