Berita Terkini 16 Aug, 2021

Berita Terkini| Khayal ambil dadah: 2 pegawai, 1 anggota polis didakwa! Mahkamah Majistret JB!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


TIGA daripada enam anggota dan pegawai polis yang ditahan sedang khayal dipercayai mengambil dadah di sebuah pusat hiburan pada 6 Ogos 2021 lalu telah dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua pegawai dan seorang anggota polis yang masing-masing berusia 29, 31, dan 32 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing, pada Isnin, 16 Ogos 2021.

"Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian pada Isnin, 16 Ogos 2021.

Sebelum ini media melaporkan enam penjawat awam antara 68 individu ditahan ketika sedang khayal disyaki mengambil dadah di sebuah pusat hiburan di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Dalam serbuan pada jam 1.30 pagi, 6 Ogos 2021 lalu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM151,765.

Ketika ditahan, keenam-enam penjawat awam itu sedang berhibur, mengambil dadah dan minum minuman keras. - KitaReporters


Sebahagian pengunjung pusat hiburan yang ditahan oleh polis. - Kredit foto: Utusan Malaysia

0
0
0
0
1
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago