Berita Terkini 28 Sep, 2021

Berita Terkini| Tiada arahan warga emas pulangkan lesen memandu! MOT tak mahu diskriminasi usia!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan banyak faktor bukan kerana usia pemandu warga emas semata-mata. - Kredit foto: JBPM Perak


Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau syarat individu berusia 70 tahun ke atas perlu mengembalikan lesen memandu mereka.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kementeriannya juga tiada hasrat untuk mengehadkan umur pemegang lesen memandu di negara ini serta tidak mahu bersifat diskriminasi.

“Kita tidak akan tarik balik atau hadkan syarat lesen memandu terhadap warga emas berusia 70 tahun dan ke atas.  Tidak wujud sebarang arahan mengenai perkara ini.

“Ini bukan pendirian MOT dan kita tidak berhajat pun. Faktor usia bukan satu-satunya punca berlakunya kemalangan jalan raya.

“Jadi kita tidak boleh diskriminasi terhadap warga emas yang berusia 70 tahun dan ke atas. Banyak lagi punca berlakunya kemalangan” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 28 September 2021.

Ujar beliau lagi, berdasarkan statistik sebanyak 80 peratus daripada kemalangan  disebabkan faktor manusia selain 13 peratus kerana faktor kenderaan dan tujuh peratus berkaitan persekitaran. - KitaReporters


19
7
0
10
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago