Berita Terkini 11 Sep, 2021

Berita Terkini| Zaman Khan meninggal di IJN! Dimasukkan ke ICU HKL sejak Ogos selepas pengsan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

BEKAS Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).

Zaman Khan, 78, meninggal dunia pada jam 10.15 pagi Sabtu, 11 September 2021 dan jenazah disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat asar.

Terdahulu, Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada awal bulan Ogos lalu selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu dengan doktor.

Beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada tahun 1993 dan bertanggungjawab dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) serta P Kalimuthu yang dikenali sebagai Bentong Kali.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 sebelum menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara pada 1997.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh Pengerusi dan Pemandu MPM, Tun Mohamed Hanif Omar.   - KitaReporters

11
10
0
17
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago