Berita Terkini 03 Sep, 2021

Berita Terkini| Dikejar pesakit Covid-19 dengan cangkul! Inspektor kesihatan cedera muka, tangan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Inspektor Kesihatan yang cedera setelah dikejar pesakit Covid-19 dengan cangkul membuat laporan di Balai Polis Dungun. 


SEORANG kakitangan Jabatan Kesihatan Dungun cedera pada bahagian muka dan tapak tangan setelah terjatuh sewaktu menyelamatkan diri ketika dikejar oleh seorang pesakit Covid-19 dengan sebatang cangkul di Kampung Baru Serdang, Dungun pada 2 September 2021.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa, 39, bertugas sebagai Inspektor Kesihatan berkunjung ke rumah suspek untuk melakukan penilaian kesihatan terhadap suspek yang melarikan diri dari pusat kuarantin pada 30 Ogos 2021.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata suspek berusia 40 tahun itu  enggan memberikan kerjasama dan tiba-tiba naik bengang sehingga bertindak mengejar kakitangan kesihatan dengan sebatang cangkul.

“Suspek dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Susulan daripada itu, petugas kesihatan ke rumahnya untuk jalani penilaian kesihatan.

“Namun, suspek yang bekerja sebagai buruh tidak berikan kerjasama dan kemudiannya naik angin selepas mangsa perkenalkan diri sebagai Inspektor Kesihatan. Mangsa yang ketakutan lari selamatkan diri lalu terjatuh.

“Mangsa alami kecederaan pada bahagian bibir, dagu dan kedua-dua telapak tangan selain sumbing gigi bahagian atas. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Besi,” katanya yang dipetik daripada laporan Kosmo bertarikh 3 September 2021.

Sementara itu, Kosmo turut melaporkan suspek sepatutnya menjalani kuarantin di PKRC Bersepadu Stadium Negeri Kuala Terengganu sehingga 6 September 2021 namun bertindak melarikan diri. -KitaReporters


10
8
0
13
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago