Berita Terkini 08 Aug, 2021

Berita Terkini| 2 anggota polis maut kemalangan! Motosikal bertembung ketika kejar mat rempit!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Keadaan motosikal ditunggang oleh anggota polis yang bertembung ketika kejar suspek lumba haram. - Kredit foto: FB Malaysiannews TV


DUA anggota polis maut selepas motosikal ditunggang oleh mereka bertembung ketika mengejar suspek lumba haram dalam Operasi Samseng Jalanan di Kilometer 24.4 Lebuh Raya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) dari arah Kajang menghala ke Putrajaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi pada 8 Ogos 2021 itu, kedua-dua mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang iaitu Sarjan Mohd Arifah Md Yassin, 36, dan Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi, 26, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan Mohd Arifah bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) manakala rakannya, Mohd Muradzi di Cawangan Jenayah (D4).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ketika kejadian anggota berkenaan melakukan tugas mencegah mat rempit dalam Operasi Samseng Jalanan BSPT IPD Kajang.

“Terdahulu, kedua-dua mangsa masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha 115Z dan Yamaha RXZ mengejar suspek lumba haram dalam operasi itu.

"Bagaimanapun mereka terlibat kemalangan setelah bertembung sesama sendiri. Mangsa yang menunggang  Yamaha 115Z dari arah Kajang bertembung dengan motosikal rakannya.

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa  cedera parah pada bahagian muka serta kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dipetik oleh laporan Utusan Malaysia pada 8 Ogos 2021.

Tambah Mohd Zaid, jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedang dijalankan. -KitaReporters


0
0
2
0
1
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago