Berita Terkini 01 Aug, 2021

Berita Terkini| Parti liar di kondo! Undangan guna WhatsApp! 9 lelaki, 8 wanita dicekup polis!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Polis menahan 17 individu yang sertai parti liar di sebuah kondominium di Lumut, Perak. - Kredit foto: Ihsan PDRM


SERAMAI 17 individu termasuk lapan perempuan yang menyertai parti liar dicekup oleh polis dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Lumut, Perak kira-kira jam 1.15 pagi pada 1 Ogos 2021.

Parti berkenaan dipercayai dianjurkan salah seorang wanita yang menjemput kenalannya menerusi aplikasi WhatsApp sebelum individu tersebut kemudiannya mengajak kawan yang lain.

Ketua Polis Derah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata serbuan dijalankan oleh Pasukan Task Force Op Covid dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung hasil maklumat orang ramai yang curiga dengan kelibat semua individu itu.

“Sewaktu serbuan dijalankan didapati sembilan lelaki dan lapan perempuan berusia 19 hingga 48 tahun didapati berada dalam satu parti liar.

“Polis melakukan pemeriksaan sebelum kemudiannya menahan semua individu untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian air kencing mendapati tiga lelaki dan dua perempuan dikesan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dipetik laporan Kosmo pada 1 Ogos 2021. KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago