Berita Terkini 10 Aug, 2021

Berita Terkini| Palsukan sijil vaksin, tindakan tegas menanti! Longgar SOP bukan kesempatan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Tangkap layar perkongsian pengguna Facebook berhubung penjualan sijil digital vaksinasi menerusi platform media sosial.


Individu atau mana-mana pihak yang dikesan memalsukan sijil vaksinasi Covid-19 termasuk mencetak sijil digital vaksinasi daripada aplikasi MySejahtera bakal berdepan tindakan tegas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata peringatan itu diberikan susulan kebimbangan orang ramai sekiranya sijil digital vaksinasi dicetak dan dipalsukan dengan pelbagai cara oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Semua pihak tidak seharusnya mengambil kesempatan sebalik kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan kerajaan.

“Ramai individu mulai bimbang jika ada golongan bersikap demikian dengan memalsukan sijil digital lengkap vaksinasi bagi bolehkan mereka masuk ke dalam komuniti yang dilonggarkan syarat SOP diumumkan sebelum ini,” katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia, 10 Ogos 2021.

Tambah Noor Azmi, beliau yakin pihak MySejahtera akan pertingkatkan sistem keselamatan aplikasi agar tiada pihak yang dapat mengubah sijil digital vaksinasi Cuma yang dibimbangkan sekiranya sijil itu dicetak dan digubah. KitaReporters


 

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago