Berita Terkini 26 Aug, 2021

Berita Terkini| Tiada jalan mudah kawal penularan Covid-19! Ambil vaksin, itu saja cara - Tun M

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada jalan mudah boleh mengatasi penularan Covid-19 selain pengambilan vaksin.

Beliau menjelaskan melalui suntikan vaksin sahaja seseorang individu akan dilindungi daripada kesan buruk akibat Covid-19.

“Satu cara yang penting ialah suntikan vaksin. Cuba dapat suntikan secepat mungkin. Kita lebih selamat jika disuntik. Ini sahaja cara menyelamat kita. Prosedur Operasi Standard (SOP) menolong tetapi vaksin lebih mampu selamat kita.

“Memang menekan semua ini. Tetapi jika kita tidak sanggup mengalami kesusahan, keadaan akan jadi lebih teruk dan ramai yang akan dijangkiti dan meninggal dunia,” katanya seperti dipetik oleh MalaysiaGazette pada Khamis, 26 Ogos 2021.

Justeru itu, beliau menegaskan setiap individu harus memikirkan pandemik ini adalah sesuatu yang serius dan bukan perkara yang remeh.

“Rakyat perlu sedar bahawa mereka perlu mengambil segala kaedah dan terus mematuhi  SOP untuk mengurangkan kes baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkongsi maklumat dengan menjelaskan sehingga kini 12,000 individu meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19 dan ramai yang tidak dapat dirawat di hospital dan menjadi teruk selain yang berdepan kesukaran hidup berikutan kedatangan Covid-19.

Sehingga 25 Ogos 2021, jumlah kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,616,244 kes dengan 14,818 kematian. Kadar kes baharu harian telah melonjak dan mencatat angka lebih 20,000. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago