Berita Terkini 12 Jul, 2021

Berita Terkini| Kenderaan awam diberi lanjutan usia automatik setahun! Perlu lulus Puspakom!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Perlanjutan usia selama setahun secara automatik oleh Kementerian Pengangkutan bagi membantu pemain industri pengangkutan awam. - Kredit foto: Malaysiamarketing.my


KENDERAAN perkhidmatan awam yang mencapai had usia maksimum penggunaan seperti ditetapkan dalam syarat lesen atau permit akan diberikan perlanjutan usia selama setahun secara automatik.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata langkah itu bagi membantu pemain industri pengangkutan awam yang terjejas serta harungi waktu sukar akibat pandemik Covid-19.

“Mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang telah capai had usia maksimum penggunaan kenderaan untuk tempoh bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 akan diberi perlanjutan secara automatik untuk satu tahun lagi.

“Lanjutan ini termasuklah kenderaan yang telah pun mendapat lanjutan dalam tahun 2020 sebelum ini,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro pada Isnin, 12 Julai 2021.

Tambah beliau, perlanjutan itu tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pastikan tahap keselamatan dan kelayakan berada di atas jalan.

Katanya lagi, perlanjutan itu akan membabitkan semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak. - KitaReporters

 

1
0
1
1
1
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago