Berita Terkini 02 Jul, 2021

Berita Terkini| Amanah Ikhtiar lanjutkan moratorium bayar pinjaman! Berkuat kuasa 1-31 Julai 2021

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Mesyuarat pusat AIM juga ditangguhkan sehingga 31 Julai 2021. Kredit foto: FB Amanah Ikhtiar Malaysia  Kunak


Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melanjutkan moratorium bayaran pinjaman berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Julai 2021, sekali gus berikan manfaat kepada 378,507 peminjam  yang dikenali sebagai Sahabat AIM agensi berkenaan.

Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Lajim Ukin berkata langkah itu dibuat selepas lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Sehingga kini, AIM telah beri penangguhan bayaran balik pinjaman selama lapan minggu bermula tarikh PKP 3.0 berkuat kuasa secara penuh pada 1 Jun 2021 lalu. Selain itu, semua mesyuarat pusat perjumpaan pusat khas (PPK) turut ditangguhkan hingga 31 Julai 2021.

“Begitu juga dengan kutipan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, simpanan Tabung Kumpulan, Tabung Khairat Hutang serta Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS).

“AIM juga menangguhkan pembentangan permohonan pengeluaran tabung kumpulan, tuntutan tabung khairat hutang, penjadualan semula pembiayaan, permohonan Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI) serta pembentangan tangguh bayar balik pinjaman,” katanya dipetik oleh Utusan Malaysia, 2 Julai 2021.

Tambah beliau, kutipan balik bayaran SPI melalui kaedah bukan tunai (e-pay) adalah dibenarkan. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago