Berita Terkini 03 Oct, 2019

SELEPAS SUNGAI TERCEMAR, TAPAK SAMPAH PULA TERBAKAR

@luqman haziq abdullah
Bekas Ketua Biro Utusan Malaysia Johor

Share this
SERAMAI 124 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Kota Puteri 2, Masai, Johor yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  bermula 15 Oktober ini akan dipindahkan ke pusat lain sekiranya kebakaran di sebuah tapak pelupusan sampah berhampiran tidak dapat dikawal dan dipadamkan.

Aminolhuda Hassan (baju merah) meninjau kerja-kerja pemadaman di sebuah tapak pelupusan sampah berhampiran SMK Kota Puteri 2, Masai, Johor hari ini (3 Okt 2019). 


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan  Teknologi Johor,  Aminolhuda Hassan berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan kesihatan dan tumpuan para pelajar berkenaan tidak terjejas.

Malah, seramai 100 pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di SMK Kota Puteri 2 tepaksa menggunakan penutup mulut dan hidung bagi mengelakkan gangguan kesihatan semasa ujian berlangsung hingga 10 Oktober ini.

"Seandainya memang tak boleh dikawal kebakaran berkenaan, memang terpaksa buat pemindahan. 

"Contohnya, semasa jerebu yang baru-baru lalu ada sebuah sekolah di Pontian kita pindahkan ke sekolah lain supaya pelajar boleh menjawab (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - UPSR) dalam keadaan yang tenang dan tak.ada gangguan.

"Oleh itu, aya datang nak meninjau keadaan dan seandainya tidak boleh dikawal, terpaksa pindah," katanya selepas meninjau pelajar di SMK Kota Puteri 2 dan mengedarkan penutup mulut dan hidung kepada para pelajar dan guru-guru sekolah berkenaan di Pasir Gudang, Johor hari ini (3 Okt 2019).

Menurut beliau, setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada pelajar yang dilaporkan mengalami gangguan kesihatan serta pihak bomba dan penyelamat masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut yang mula dikesan sejak Julai lalu.

Hingga kini 70 peratus daripada kira-kira empat ekar kawasan yang terbakar sudah berjaya dipadamkan dan beliau turut meminta supaya semua agensi yang terlibat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang  bertanggungjawab menyebabkan kebakaran tersebut.

Aminolhuda Hassan mengedar dan turut memakaikan penutup mulut dan hidung kepada salah seorang pelajar SMK Kota Puteri 2, Masai, Johor.


Dalam pada itu,  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba Ibrahim Omar berkata,  pihaknya turut menggunakan kaedah 'Fire Break' bagi menghalang  api daripada merebak ke kawasan lain.

Menurutnya, seramai 20 anggota daripada pelbagai agensi yang menyertai kerja-kerja pemadaman  berkenaan mendapat bekalan air daripada kolam berhampiran dan tangki yang dibekalkan oleh pihak pemaju.

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago