Berita Terkini 02 Oct, 2021

Berita Terkini| Azalina dilantik Penasihat Khas PM! Bagi Undang-undang dan Hak Asasi Manusia!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Azalina (kanan) menerima surat pelantikan sebagai Penasihat Khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Kredit foto: FB Azalina


AHLI Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia).

Memetik laporan Berita Harian, 2 Oktober 2021, perlantikan itu dimaklumkan oleh Azalina menerusi satu hantaran dalam Facebook beliau.

“Terima kasih kepada  YAB Datuk Seri Ismail SabrI Yaakob atas kepercayaan. Insya-Allah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga Azalina turut berkongsi foto beliau menerima surat pelantikan berkenaan daripada Perdana Menteri yang difahamkan berlangsung pada 30 September 2021.

Azalina meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.

Antaranya termasuk disebabkan kapasiti moral peribadi, yang mana katanya, terdapat konflik peranan dan tanggungjawab antara menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan. - KitaReporters


7
14
0
13
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago