Berita Terkini 18 Aug, 2021

Berita Terkini| Mahasiswa didenda RM2k! Mengaku bersalah buat laporan palsu! Mengaku diragut!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


GARA-GARA membuat laporan palsu kononnya menjadi mangsa ragut seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan.

Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Nurfarahiyah Yusri, 20, dan memerintahkan menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa memberikan maklumat palsu kepada pegawai polis, Mohd Sheqal Roslan di Jalan 10, Taman Greenwood, Batu Caves, Gombak kira-kira 4.24 petang, 14 Ogos 2021 lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, OKS dalam rayuannya menerusi peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak memohon dikenakan hukuman dengan alasan sudah menyesal.

"OKS melakukan perkara itu kerana mengalami tekanan emosi, " katanya seperti dipetik daripada laporan Berita Harian pada Rabu, 18 Ogos 2021.

Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni membantah rayuan itu dan memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesusahan pihak polis dalam melakukan siasatan terhadap laporan dibuat sendiri oleh OKS.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu menerima laporan daripada OKS mengatakan menjadi mangsa ragut dan ditikam di paha.

Bagaimanapun hasil siasatan mendapati wujud kecurigaan terhadap laporan polis itu kerana OKS gagal memberikan gambaran jelas mengenai kejadian selain kedudukan pisau berada dalam keadaan tegak seolah-olah mangsa menusuk dirinya sendiri. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago