Berita Terkini 26 Jul, 2021

Berita Terkini | Boleh 'walk-in' ke PPV di Melaka mulai 26 Julai! Hanya untuk warga emas, OKU!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Warga emas dan OKU di Melaka dibenarkan 'walk-in' ke PPV awam bagi dapatkan suntikan vaksin Covid-19 


WARGA emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Melaka yang belum terima janji temu kini dibolehkan 'walk-in' atau jumpa terus ke semua pusat pemberian vaksin (PPV) awam di negeri ini bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 mulai 26 Julai 2021.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata bagaimanapun ia hanya terhad kepada 50 individu terawal sahaja di setiap PPV memandangkan bekalan vaksin terhad.

"Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Melaka membenarkan suntikan secara 'walk-in' bermula jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari di semua PPV awam tanpa perlu janji temu terlebih dahulu.

"Bagi warga emas dan OKU yang  telah pun mempunyai tarikh janji temu serta lokasi PPV, diharapkan hadir ke PPV pada masa ditetapkan. Mereka tidak dibenarkan 'walk-in' ke PPV lain," katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 26 Julai 2021.

Tambah beliau, warga emas, OKU atau waris peneman perlu membawa kad pengenalan penerima vaksin, telefon pintar yang berdaftar dengan MySejahtera serta dokumen berkaitan seperti penyakit kronik (sekiranya ada) ke PPV.

Katanya lagi, menerusi inisiatif 'walk-in' untuk warga emas dan OKU itu diharapkan Melaka akan segera dapat capai kadar vaksinasi 100 peratus buat golongan berkenaan. - KitaReporters


0
1
1
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago