Berita Terkini 08 Jul, 2021

Berita Terkini| 463 kes Covid-19 di Terengganu akibat rentas negeri! Cetuskan 5 kluster terbesar!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan...  Aktiviti rentas negeri (import B) cetuskan lima kluster besar dalam komuniti di Terengganu


Sebanyak 493 kes Covid-19 dikesan di Terengganu bagi tempoh Mei hingga Jun 2021 akibat aktiviti rentas negeri atau kes import B (pesakit dijangkiti dari negeri di luar Terengganu), yang seterusnya cetuskan lima kluster besar dalam komuniti.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata daerah Kemaman merekodkan bilangan tertinggi kes import B, mendapat jangkitan dari negeri luar, dengan 307 kes sebelum ini, diikuti Kuala Terengganu sebanyak 36 kes serta bakinya di daerah-daerah lain.

“Lima kluster besar telah tercetus seperti Kluster Gong Badak (226 kes); Kluster Kubang Jela (131 kes); Kluster Industri Teluk Kalong (109 kes), Kluster Langgar Hilir (45 kes) serta Kluster Pasar Kemunting, Pahang (13 kes).

"Terbaharu, Kluster Gong Pasir di Dungun yang juga didapati puncanya daripada rentas negeri. Sehingga kini, sebanyak 40 kes positif Covid-19 telah dikesan daripada kluster berkenaan,” katanya yang dipetik laporan Bernama, 8 Julai 2021.

Tambah Dr Nor Azimi, sebahagian kes import B dikesan membabitkan individu yang jalani saringan kesihatan sebelum memulakan tugas di Terengganu dan meskipun begitu cara itu membolehkan pengesanan awal dilakukan dan penularan dapat dicegah.

Katanya lagi, lebih membimbangkan ialah warga Terengganu sendiri yang sering berulang-alik ke negeri berisiko atas sebab kerja dan urusan lain dan kemungkinan jangkitan berlaku disebabkan gagal mematuhi prosedur operasi standard semasa berada di negeri luar atau ketika dalam perjalanan. - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago