Tangkap layar
video tular memaparkan pergaduhan dua individu yang dipercayai berebut durian dan
didakwa terjadi di Rembau
TULAR dalam aplikasi WhatsApp video pergaduhan dua individu yang dipercayai berebut durian dan didakwa berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, Rembau, Negeri Sembilan pada 6
Ogos 2021.
Turut
disertakan dalam video berkenaan dua audio berdurasi 12 saat dan lima saat yang
memaklumkan kes baharu berlaku dan salah seorang pecah kepala akibat ditetak dengan kapak kerana merebutkan durian.
Namun Ketua Polis
Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata pihaknya menafikan
video tular yang mendakwa pergaduhan tersebut
berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, Rembau.
“Pergaduhan
dalam video tersebut dikesan berlaku di Mexico dan bukannya di daerah Rembau
seperti mana yang tular hingga menimbulkan kegusaran kepada penduduk setempat,”
katanya dipetik oleh laporan Sinar Harian pada 7 Ogos 2021.
Tambah beliau, orang ramai diingatkan tidak menyebarkan berita tidak sahih kerana tindakan itu boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat selain tindakan sedemikian adalah satu kesalahan mengikut undang-undang. - KitaReporters