Berita Terkini 18 Nov, 2019

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA..

@rashid rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this

SIA-SIA. Tindakan tujuh pelatih Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) Sg. Ruan di Raub, Pahang  yang bertindak melarikan diri dari pusat berkenaan baru-baru ini bukan sahaja sia-sia tetapi membawa padah. : KitaReporters.com

Ini kerana mereka sememangnya tidak akan dapat menyembunyikan diri apabila empat daripadanya telah berjaya ditahan dalam tempoh kira-kira 24 jam.

Mereka yang diberkas juga bakal berhadapan dengan tuduhan baharu apabila didapati turut mencuri motosikal penduduk.

Malah bagi tiga pelatih lagi yang masih diburu kini berada dalam keadaan takut, lapar dan kepenatan serta kesejukan dalam musim hujan pada masa ini.

Tujuh pelatih CCRC Sg. Ruan meloloskan diri daripada pusat berkenaan pada Sabtu (16/11/2019) lalu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Kama Azural Mohamad berkata, tangkapan pertama melibatkan dua lelaki dilakukan pada pukul 2.10 pagi, diikuti tangkapan kedua dan ketiga masing-masing melibatkan seorang lelaki pada pukul 2.20 pagi dan 9.25 pagi.

"Usaha giat dilakukan bagi mengesan tiga lagi pelatih, yang mana seramai tiga pegawai dan 13 anggota polis bersama 40 pegawai dan anggota daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan CCRC Sg. Ruan sedang mengesan pelatih berkenaan.

"Kita percaya mereka masih berada di daerah ini dan berdasarkan maklumat daripada pelatih ditangkap mereka dalam keadaan takut, lapar, penat dan tidak mempunyai duit," katanya di Raub pada Ahad (17/11/2019).

Salah seorang pelatih yang berjaya diberkas hari ini.


Sabtu (16/11/2019) lalu, seramai tujuh pelatih CCRC Sg. Ruan, Raub melarikan diri dipercayai melalui tingkap tandas asrama dan keluar melalui pagar belakang pusat berkenaan.

Menurut Kama Azural, empat pelatih yang diberkas hari ini ialah P. Suris, 39; Ooi Chuan Tat, 42; Mohd. Yunus Abu Bakar, 44, dan Johari Mohamad, 50.

Katanya, dalam tangkapan itu, pihaknya turut merampas sebuah motosikal jenis Honda Wave warna hitam disyaki dicuri. - KitaReporters.com

11
1
1
1
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago