KENDERAAN rasmi yang membawa Ismail Sabri tiba di Istana Abdulaziz, Kuantan kira-kira 10.53 pagi , 26 Ogos 2021. Kredit Foto: Sinar Harian
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Khamis, 26 Ogos 2021.
Kenderaan rasmi yang membawa Ismail Sabri dilihat
memasuki pintu masuk utama Istana Abdulaziz, Kuantan kira-kira 10.53 pagi.
Memetik laporan Sinar harian, kehadiran Perdana Menteri itu difahamkan bertujuan
mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri yang bakal dilantik.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari
Pangkalan Tentera Udara Subang, dijangka mendarat di pangkalan Tentera Udara
Kuantan.
Beliau diringi konvoi dari pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri dan Pejabat Sultan Pahang.
Bagaimanapun, setakat ini, Pejabat Perdana Menteri dan
Istana Negara belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan yang
berlangsung itu.
Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan barisan kabinetnya
akan diumumkan minggu ini dan senarai itu akan dikemukakan kepada Yang
di-Pertuan Agong terlebih dahulu untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.
Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, Jumaat tumpuan terarah kepada mereka yang bakal menyertai barisan Kabinet dalam pentadbiran Ismail Sabri. - KitaReporters