Ustaz Ebit Lew cukup dikenali sebagai seorang pendakwah yang sering membantu golongan-golongan susah termasuk sehingga ke luar negara. - Kredit foto: FB Ebit Lew
PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew yang dipanggil leh polis bagi membantu siasatan kes
gangguan seksual selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
pada 19 Ogos 2021.
Memetik laporan Harian Metro, beliau tiba sekitar jam 9 pagi dan dilihat keluar dari pintu utama Bukit Aman selepas lima jam kemudian iaitu kira-kira 2 petang.
Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Sementara itu, Ebit Lew ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata segala yang berlaku terhadap dirinya membuatkannya semakin bersemangat membantu golongan susah.
“Saya dipanggil membantu siasatan, saksi terhadap pertuduhan. Ini fitnah yang kejam dan melampau, saya reda.”
“Saya akan teruskan kebaikan ini sampai bila-bila, sampai mati,” katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia, 19 Ogos 2021.
Untuk
info, sebelum ini tular dalam media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan
lelaki mirip pendakwah itu. - KitaReporters