Berita Terkini 01 Sep, 2021

Berita Terkini| Status 8k peserta MM2H akan disiasat semula! Tak bermastautin pun di Malaysia?

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan… Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) diperkenalkan pada tahun 2002. - Kredit foto: ibuombak.wordpress.com 


KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat semula status kira-kira 8,000 daripada 57,478 peserta prinsipal dan tanggungan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang didapati tidak bermastautin di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya hubungi individu berkenaan bagi ketahui sama ada peserta terlibat berhasrat untuk terus berada dalam program MM2H di Malaysia atau sebaliknya.

“Kita perlu benar-benar melihat perkara ini. Sama ada kelulusan diberikan bakal ditarik balik atau tidak, saya tidak akan beri jawapannya lagi hari ini.

“Mereka ini juga akan dihubungi pegawai-pegawai terlibat dan kita juga ingin bertanya atau ingin tahu apa sebenar hasrat mereka untuk terus menjadi peserta program MM2H dalam negara ini.

“Dasar kerajaan ketika ini menetapkan bilangan peserta MM2H pada satu peratus daripada jumlah populasi negara,” katanya dipetik laporan Berita Harian, 1 September 2021.

Dalam perkembangan sama, Hamzah memaklumkan kerajaan sudah lakukan penambahbaikan

berhubung syarat permohonan Program MM2H, namun peserta sedia ada diminta tidak gusar dengan usaha dijalankan itu. - KitaReporters


 

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago