Gambar hiasan... IPD Klang Utara buka kertas siasatan tatatertib berhubung tindakan anggota polis didakwa minta wang sogokan. - Kredit foto: usahawan.com
IBU Pejabat
Polis Daerah (IPD) Klang Utara membuka satu kertas siasatan tatatertib susulan
tular rakaman video memaparkan anggotanya didakwa meminta wang sogokan daripada seorang pemilik pikap.
Kejadian berkenaan
dipercayai berlaku kira-kira jam 11.41 pagi pada 1 Julai 2021 lalu di laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Bandar Sultan Suleiman.
Ketua Polis
Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata kertas
siasatan berkenaan dibuka selepas pihaknnya mengesan ciapan semula rakaman
video berkenaan oleh seorang pengguna Twitter.
“Polis
sudah pun kenal pasti anggota terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadapnya.
“Pemilik
akaun Twitter tersebut atau mana-mana individu yang punyai maklumat lanjut
berhubung kejadian berkenaan diharapkan tampil hubungi IPD Klang Utara bagi
bantu siasatan,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 4 Julai 2021.
Untuk info,
tular dalam media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit dua saat yang
memaparkan dua anggota polis menahan seorang lelaki di tepi jalan dan
kedengaran seakan mereka meminta wang daripada individu tersebut. - KitaReporters