Berita Terkini 02 Aug, 2021

Berita Terkini| 5 tan durian percuma! Agih kepada petugas barisan hadapan! Sebagai penghargaan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

RAZMAN Zakaria mengagihkan durian secara percuma kepada petugas barisan hadapan di negeri Perak sebagai perhargaan kepada petugas barisan hadapan. - Kredit foto: Utusan Malaysia


KERAJAAN negeri Perak menyediakan sebanyak lima tan durian untuk diagihkan secara percuma kepada petugas barisan hadapan di negeri ini.

Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria berkata, pemberian durian tersebut sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan Covid-19 dapat diputuskan.

Pemberian itu juga merupakan inisiatif kerajaan negeri menerusi Pejabat Exco Kerajaan Negeri yang membeli durian daripada pemilik dusun bagi membantu mereka kerana tidak dapat memasarkan buah berkenaan semasa tempoh pandemik.

"Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi membeli durian daripada orang kampung supaya tidak membazir begitu sahaja. Jadi, kita beli dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan bantu jual. Kalau tak boleh jual, kita agihkan seperti ini.

"Untuk akan datang, ada lagi durian akan diagihkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak lima tan. Kita akan edarkan ke kawasan yang tidak mempunyai pokok durian seperti Bagan Datuk, Teluk Intan dan Ipoh bagi orang merasa durian musim ini," katanya seperti dipetik Sinar Harian pada Isnin, 2 Ogos 2021.

Razman berkata, antara lokasi pengagihan durian tersebut adalah di kawasan sekatan jalan raya (SJR), PPV dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). - KitaReporters


RAZMAN menunjukkan sebahagian daripada satu tan durian yang diagihkan untuk petugas barisan hadapan di PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh. - Kredit foto: Sinar Harian

0
2
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago