Berita Terkini 19 Jul, 2021

Berita Terkini| Nikah online dibenarkan! Tapi bagi yang dah lama daftar! Daftar sebelum PKP!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Malaysia mencatat sejarah apabila pasangan Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif diijabkabulkan secara dalam talian pada 18 April 2020. - Kredit foto: alhijrahnews.com


PERNIKAHAN secara dalam talian dibenarkan bagi pasangan yang mendaftar sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan atau pasangan yang sudah lama menunggu untuk diijab kabul.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bagi pasangan yang baru mendaftar pada waktu ini, bergantung kepada keperluan dan perbincangan sebelum kebenaran diberikan.

“Kahwin online hanya dibenarkan kepada mereka yang lama mendaftar sebelum PKP. Yang mendaftar dalam tempoh PKP, kita lihat kepada kes.

“Kalau sekiranya tindakan perlu, akan kita bawa kepada perbincangan untuk dibenarkan,” kata seperti dipetik oleh Astro Awani pada Isnin, 19 Julai 2021.

Namun pihaknya bimbang jika ia disalahgunakan kerana kebenaran hanya diberikan kepada kes tertentu atau apabila tempoh PKP yang berlarutan.

“Paling penting ialah kita tidak menyalahgunakan khidmat kahwin online ini dan ia mesti dibuat berdasarkan keperluan yang sangat mendesak,” katanya

Beliau menjelaskan kebenaran perkahwinan secara dalam talian bergantung kepada syarat dan kelulusan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri. - KitaReporters


0
0
0
1
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago