Gambar hiasan... Suspek bertindak membaling batu ke arah tingkat rumah mangsa sehingga cermin pecah. - Kredit foto: Sarawak Voice
HANYA kerana lamaran ditolak, seorang lelaki dipercayai memecahkan cermin tingkap bilik rumah teman wanitanya di Taman Indah, Klang pada 14 Julai 2021.
Bagaimanapun,
suspek yang berusia 20 tahun itu kemudiannya ditahan polis jam 11 pagi, sehari
selepas kejadian (15 Julai 2021) bersama dua lagi suspek di sebuah flat di Pandamaran, Klang.
Ketua Polis
Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata kejadian dipercayai akibat
tidak puas hati seorang suspek terhadap teman wanitanya yang berusia 20 tahun kerana
tidak mahu berkahwin dengannya setelah bercinta sejak kira-kira tujuh tahun
lalu.
“Dalam
kejadian kira-kira 3.20 petang itu, pengadu berusia 40 tahun yang ketika itu
berada di tempat kerja telah terima panggilan daripada anak sulungnya
memberitahu tingkap bilik rumah telah pecah.
“Anak pengadu
mendakwa melihat sebuah motosikal Yamaha 135LC berwarna kuning dinaiki dua
lelaki membaling batu ke arah tingkap rumah sehingga pecah,” katanya dipetik
laporan Sinar Harian, 16 Julai 2021.
Tambah beliau, polis menahan tiga lelaki berusia lingkungan 17 hingga 18 tahun di dua lokasi berasingan dan motosikal dipercayai dinaiki ketika kejadian juga dirampas. - KitaReporters