Berita Terkini 10 Sep, 2021

Berita Terkini| 2022 tahun pemulihan Malaysia! MPN tingkat siap siaga, kukuh sistem kesihatan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis dengan pendekatan keseluruhan negara dan jangka 2022 akan menjadi tahun pemulihan bagi Malaysia.

Beliau berkata, inisiatif ekonomi itu dilaksanakan kerajaan sejak Mac tahun 2020 lalu telah membentuk asas kukuh bagi membantu pemulihan negara.

“Dalam melaksanakan proses pemulihan, MPN akan membina dan mengkaji bagaimana untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia dan industri berkaitan bagi meningkatkan kesiapsiagaan untuk keluar dari status pandemik dan memasuki peringkat endemik serta bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan penularan pandemik pada masa depan.

“Kerajaan juga perlu mengenal pasti sektor ekonomi yang paling memerlukan perhatian, yang perlu dibantu untuk bangkit semula dengan tumpuan kepada pelancongan, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

“Ia juga perlu mengenal pasti dan memberi insentif kepada perniagaan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang baik dalam tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang,” katanya dalam Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya pada Khamis, 9 September 2021.

Muhyiddin berkata, dengan mewujudkan ekosistem yang kondusif dan mampan bagi pertumbuhan inklusif termasuk strategi bagi pembangunan prasarana fizikal dan digital serta meningkatkan komitmen kepada dasar Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), akan membolehkan negara mencatatkan pemulihan yang pesat. - KitaReporters


8
14
0
11
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago