Berita Terkini 03 Aug, 2021

Berita Terkini| PKP: Industri pelancongan Pahang rugi hingga RM20b! Sepanjang tempoh 17 bulan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Bukit Fraser menjadi lokasi terawal bakal dibuka kepada pengunjung sejurus sektor pelancongan kembali dibuka di Pahang. - Kredit foto: iluminasi.com


PAHANG merekodkan kerugian hingga RM20 bilion dalam industri pelancongan sepanjang tempoh 17 bulan lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata jumlah itu berdasarkan penilaian ekonomi hasil perbelanjaan pelancong yang melawat Pahang bermula Mac 2020.

“Boleh dikatakan semua sektor industri tidak beroperasi secara konsisten dalam tempoh sejak 17 bulan lalu sekali gus menjejaskan sumber pendapataan penggiat serta pemain industri pelancongan di Pahang.

“Sama ada berskala besar atau hingga sekecil-kecilnya, semua turut terjejas. Amat mendukacitakan apabila kebanyakan bergantung 100 peratus sumber pendapatan dalam industri tersebut dan keadaan ini boleh dianggap ‘parah’.

“Tidak mahu melihat ia lebih parah, kerajaan negari Pahang berpendapat sektor pelancongan perlu dibuka atau kembali beroperasi namun dalam keadaan terkawal, berkala, berperingkat-peringkat dan bersyarat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia, 3 Ogos 2021.

Kata Mohd Sharkar lagi, sektor pelancongan Pahang dijangka kembali dibuka pada 8 Ogos 2021 bermula kawasan peranginan Bukit Fraser di Raub selepas seluruh penduduk tempatan di situ lengkap dua dos vaksin Covid-19.

“Pulau Tioman juga akan dibuka untuk pelancong luar diikuti dengan Taman Negara dan seterusnya Cameron Highlands, Genting Highlands, Kuala Gandah. Antara syaratnya ialah pengunjung diwajibkan membuktikan mereka telah menerima  vaksin lengkap. KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago