Gambar hiasan... MyCC mengambil berat isu-isu berhubung platform penghantaran makanan. - Kredit foto: Internet
SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC) kini memantau dan menilai dengan lebih teliti sekiranya terdapat platform-platform penghantaran makanan yang melanggar Akta Persaingan 2010.
Ketua
Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata ia susulan aduan masyarakat
baru-baru ini berhubung kualiti perkhidmatan, caj komisen tinggi selain harga
makanan dan minuman dikenakan syarikat penghantaran makanan di platform tertentu.
“Pihak MyCC
telah dan sedang aktif adakan beberapa sesi libat urus dengan pihak
berkepentingan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara-perkara
berkenaan.
“Kita
mengambil berat keseriusan isu-isu ini
dan sedang melihat situasi ini dari segenap sudut dari perspektif Akta
Persaingan 2010.
“Terutama berhubung perlakuan syarikat platform
penghantaran makanan terhadap pemain industri makanan dan minuman, penghantar
dan pengguna,” katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan Berita Harian,
26 Julai 2021.
Ujarnya
lagi, MyCC bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) akan adakan pertemuan dengan syarikat-syarikat platform penghantaran
makanan.
Pengguna
dan perusahaan boleh salurkan maklumat berkaitan
salah laku perkhidmatan syarikat penghantaran makanan dengan membuat aduan di
laman sesawang MyCC atau tulis ke [email protected] atau melalui WhatsApp
di 0192152273. - KitaReporters