Berita Terkini 10 Aug, 2021

Berita Terkini! Wanita disuntik vaksin berbeza! Pertama Pfizer, kedua Sinovac! JKNK akui silap!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Hantaran dimuat naik dalam media sosial anak kepada wanita yang menerima suntikan vaksin dos kedua jenis Sinovac di PPV Dewan Al Hana, Sik pada 5 Ogos 2021 lalu.


JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Kedah (JKNK) mengakui berlakunya kesilapan jenis vaksin sewaktu pemberian suntikan vaksin dos kedua kepada seorang wanita berusia 58 tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Al Hana di Sik, Kedah.

Dalam kejadian pada 5 Ogos 2021 itu, wanita berkenaan sepatutnya menerima suntikan vaksin dos kedua jenis Pfizer sama seperti dos pertama namun sebaliknya jururawat bertugas tersilap memberinya suntikan vaksin jenis Sinovac.

Pengarah JKN Kedah, Dr Othman Warijo berkata, siasatan JKN mendapati kesilapan sedemikian berlaku disebabkan jururawat tidak memeriksa kad suntikan vaksin terlebih dahulu sebelum membuat suntikan.

“Penerima vaksin tersebut hadir ke PPV menerima suntikan vaksin dos kedua jenis Pfizer, sebaliknya jururawat kesihatan tersilap jenis vaksin.

“Jururawat terbabit telah akui kesilapan dan memohon maaf secara peribadi kepada penerima vaksin berkenaan. Pihak JKN juga memohon maaf atas kejadian ini.

“Penerima telah dirujuk kepada pegawai perubatan untuk kaunseling dan turut dijelaskan tentang kesan sampingan vaksin biasa berlaku serta dinasihatkan hubungi pegawai perubatan atau ke klinik kesihatan jika punyai kesan,” katanya yang dipetik dari laporan Kosmo, 10 Ogos 2021.

Ujar beliau lagi, pihak JKN Kedah akan memastikan kesilapan sama tidak berulang pada masa akan datang dengan menekankan aspek pematuhan garis panduan pengendalian proses vaksinasi oleh petugas PPV.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan percampuran jenis vaksin telah diamalkan kepada penerima yang alami alahan dengan vaksin jenis Pfizer di negara ini.

“Tidak timbul isu keselamatan apabila vaksin jenis Sinovac diberi sebagai dos kedua kepada penerima vaksin yang alami alahan dengan vaksin Pfizer.

“Percampuran vaksin juga telah diamalkan di beberapa negara luar, bagaimanapun dasar sedia ada belum membenarkan percampuran vaksin di negara ini bagi penerima biasa,” ujarnya. KitaReporter


0
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago