Berita Terkini 07 Aug, 2021

Berita Terkini| Jumlah kes denggi di Kedah berkurangan! Penurunan 41.2% bagi Januari-Julai 2021!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Petugas kesihatan menjalankan kerja-kerja semburan kabus bagi membasmi wabak denggi. - Kredit foto: Astro Awani


JABATAN Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) merekodkan sebanyak 343 kes denggi di negeri berkenaan sejak Januari hingga 31 Julai 2021 berbanding 583 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu (2020).

Pengarah JKNK, Dr Othman Warijo berkata penurunan sebanyak 240 kes itu bersamaan 41.2 peratus dan tiada kes kematian denggi dilaporkan setakat ini.

“Terdapat sembilan daerah menunjukkan penurunan kes demam denggi berbanding tempoh sama pada tahun 2020 iaitu di Padang Terap, Pendang, Kubang Pasu, Sik, Bandar Baharu, Baling, Kulim, Kota Setar, dan Kuala Muda.

“Manakala, dua daerah pula merekodkan jumlah kes yang sama seperti tahun lalu iaitu Yan dan Langkawi dengan masing-masing dua kes,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia, 7 Ogos 2021.

Tambah beliau, setakat ini juga terdapat 14 lokaliti wabak denggi dilaporkan di negeri berkenaan berbanding 21 dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.

Katanya lagi, sehingga 31 Julai 2021 juga pihak jabatan telah melakukan pemeriksaan ke atas 192,097 premis dan mengeluarkan kompaun kepada 1,776 pemilik premis kerana didapati terdapat pembiakan nyamuk Aedes. KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago