Gambar hiasan... Ahmad Faizal akan menasihati PM dalam perkara berkaitan hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi. - Kredit foto: FB Faizal Azumu
AHLI Parlimen Tambun yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas kepada
Perdana Menteri (PM) bertaraf Menteri.
Memetik laporan Utusan Malaysia pada 5 Ogos 2021, menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan Ahmad Faizal bertanggungjawab menasihati PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung hal ehwal jalinan komuniti.
Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak turut bertanggungjawab memberi nasihat berkaitan komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.
“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal di atas pelantikan ini,” katanya.
Sementara itu, untuk info Ahmad Faizal yang dilahirkan 10 Jun 1970 di Ipoh, Perak. - KitaReporters