Berita Terkini 25 Sep, 2021

Berita Terkini| Taman awam di Subang Jaya dibuka kepada pengunjung! Bermula 1 Okt 2021 - MBSJ

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


TAMAN awam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan dibuka kepada orang awam bermula 1 Oktober 2021.

Pembukaan itu selaras dengan peralihan Selangor kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 10 September 2021 lalu yang membenarkan aktiviti sukan dan riadah secara individu di kawasan terbuka.

MPSJ dalam kenyataan memaklumkan, taman-taman itu dibuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam dan penggunaan kemudahan alatan senaman serta permainan kanak-kanak dibenarkan.

"Maklumat mengenai peraturan penuh prosedur operasi standard (SOP) PPN boleh diakses di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) www.mkn.gov.my dan media sosial rasmi MBSJ," menurut kenyataan itu pada Sabtu, 25 September 2021.

Sebelum ini, taman awam di bawah pentadbiran MBSJ  ditutup kepada orang ramai bermula pada 1 Jun 2021 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. - KitaReporters


11
7
0
14
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago