Berita Terkini 24 Sep, 2021

Berita Terkini| Cadangan larang transgender masuki masjid di WP diteliti! Ikut langkah Perlis!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Larangan golongan transgender memasuki masjid bagi menjaga kesucian rumah ibadat dan agama. - Kredit foto: lashpackermemories.com


CADANGAN untuk mengenakan larangan terhadap golongan transgender memasuki masjid di Wilayah Persekutuan seperti dilaksanakan di Perlis kini sedang diteliti kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata larangan itu wajar bagi menjaga kesucian masjid dan menghindari kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan dilakukan pihak berkuasa agama di Perlis adalah wajar dan boleh dicontohi kerana kalau golongan ini masuk ke dalam masjid, mereka lelaki tetapi kadang-kadang ada yang pakai tudung jadi itu sangat tidak sesuai.

"Sekiranya golongan ini masuk ke sebelah Muslimat pula, tentunya mengganggu privasi wanita. Saya bercakap dalam konteks Wilayah Persekutuan kerana itu dalam bidang kuasa kita, negeri lain terpulang kepada pihak berkuasa agama masing-masing.

"Soal hendak menggalakkan negeri-negeri lain ikut jejak seperti dilakukan di Perlis, kita kena tengok kepada keseriusan kes berlaku di negeri itu,” katanya ketika dipetik laporan Berita Harian, 24 September 2021.

 Tambah beliau, setakat ini pihaknya belum menerima maklumat atau laporan berhubung 'pencerobohan' golongan transgender seperti mak nyah di masjid.

Ujarnya lagi, pihaknya percaya tindakan larangan dilakukan di Perlis adalah sebagai satu langkah pencegahan yang wajar.

Untuk info, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini menyatakan golongan 'mukhannath' atau lebih dikenali transgender diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadat di masjid. KitaReporters


12
17
0
11
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago