Gambar hiasan... Tiada hotel di Port Dickson gulung tikar setakat ini meski pun terkesan akibat PKP 3.0 Kredit foto: medium.com
TINDAKAN sebuah hotel di Port Dickson mengibarkan bendera putih sehingga tular dalam laman sosial
adalah tanda solidariti terhadap kesusahan dihadapi pengusaha-pengusaha hotel lain ketika ini.
Pengerusi Persatuan
Hotel-Hotel Malaysia Negeri Sembilan (MAH NS), Haziz Hassan berkata tindakan tersebut
bukannya membawa maksud atau sebagai tanda pengusaha menutup operasi mereka.
“Bendera
putih yang dikibarkan adalah sebagai tanda untuk membantu mereka yang
memerlukan bekalan makanan, bukannya membawa mesej mereka menutup operasi atau perlukan bantuan.
“Memang
diakui ketika ini tiada pengunjung datang atau menginap di hotel, namun setakat
ini sekitar 35 hotel yang berdaftar dengan MAH NAS masih beroperasi seperti biasa, tidak ditutup.
“Tiada hotel
di Negeri Sembilan terutama di Port Dickson yang gulung tikar sejak Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan awal Jun 2021 meskipun terkesan dan kerugian.
Namun mereka berjuang untuk bertahan,” katanya dipetik oleh laporan Utusan Malaysia,
12 Julai 2021.
Tambah beliau,
pihak hotel hanya mengurangkan operasi namun kakitangan di beberapa bahagian
seperti pembersihan, keselamatan dan penyelenggaraan masih meneruskan tugas
harian seperti biasa. - KitaReporters