Berita Terkini 27 Aug, 2021

Berita Terkini| 80 kes bunuh diri di Perak sejak PKP! Tekanan jiwa punca utama! Majoriti lelaki!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Tekanan jiwa menjadi faktor utama kejadian bunuh diri di Perak. - Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia


SEBANYAK 80 kes individu di Perak direkodkan membunuh diri sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020 hingga Julai 2021 dengan majoritinya adalah golongan lelaki.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata tekanan jiwa menjadi faktor utama penyebab kejadian tersebut dengan 33 kes.

“Selain itu punca kepada tindakan bunuh diri adalah disebabkan tidak diketahui punca (24), masalah kewangan (13), penyakit (4) dan masing-masing tiga kes masalah dadah serta sakit mental.

“Jumlah berkenaan adalah berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM). Jantina lelaki adalah lebih tinggi yang terlibat dalam kes berkenaan iaitu seramai 66 orang, manakala perempuan 14 orang.

“Berdasarkan pecahan komposi kaum pula, seramai 32 melibatkan kaum Cina dan diikuti India (29), lain-lain (11) serta Melayu lapan orang,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro pada 27 Ogos 2021.

Tambah beliau, berdasarkan statistik diperolehi dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP), sejumlah 9,772 kes pesakit mental didaftar di negeri berkenaan bermula tahun 2020 sehingga Jun 2021.

"Sebanyak 5,213 kes pesakit mental didaftar pada sepanjang tahun 2020, manakala 4,559 kes pesakit mental didaftarkan bermula awal Januari sehingga Jun 2021,” ujarnya. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago