Berita Terkini 29 Aug, 2021

Berita Terkini| Wanita dirogol, diliwat sehingga maut! Mayat disorok penceroboh di bawah katil!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Mangsa dirogol dan diliwat sehingga mati oleh seorang lelaki menceroboh masuk rumahnya di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal. Kredit foto: Gambar internet


SEORANG wanita berusia 40-an ditemukan mati setelah dirogol dan diliwat sebelum mayatnya disorokkan di bawah katil di dalam sebuah bilik di sebuah rumah jenis teres dua tingkat di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal.

Kejadian menyayat hati itu terbongkar pada 28 Ogos 2021 susulan seorang kenalan pergi ke rumah tersebut setelah mangsa tidak datang berjumpa dengannya seperti dijanjikan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, terdahulu sebelum mangsa ditemukan, saksi mendakwa melihat seorang lelaki bermotosikal keluar dari rumah mangsa.

“Saksi kemudiannya menghubungi kakak mangsa. Semasa pemeriksaan dibuat, keadaan rumah didapati berselarak dan dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa terbaring di bawah katil di dalam bilik tingkat bawah.

“Seorang jiran mangsa turut mendakwa melihat seorang lelaki keluar dari rumah itu kira-kira jam 4.30 petang hari sama dengan menunggang motosikal jenis SYM,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia pada 29 Ogos 2021.

Tambah Chong Chern berkata, bertindak hasil maklumat polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang bersembunyi di Changkat Sungai Jawi.

Ujarnya, hasil siasatan mendapati sehari sebelum kejadian suspek yang punyai lima rekod jenayah lampau dikatakan ke rumah rakannya di Kampung Wellesley, Sungai Bakap sekitar jam 6 petang untuk menghisap syabu.

“Suspek kemudiannya bersiar-siar di kawasan taman perumahan dengan meminjam motosikal rakannya kira-kira jam 2 pagi sebelum menceroboh masuk ke rumah mangsa melalui tingkap bahagian belakang.

“Dia mendakwa masuk ke dalam bilik tidur dan melihat mangsa sedang tidur atas katil lalu bertindak merogol serta meliwat mangsa tidak berapa lama kemudian.

“Namun ketika wanita itu menjerit serta cuba melawan, mulutnya disumbat dengan seluar dalam oleh suspek selain turut ditutup dengan tangan,” ujarnya.

Kata beliau lagi, melihat mangsa tidak bergerak dan disyaki telah meninggal dunia suspek menarik mayat mangsa lalu disembunyikan di bawah katil.

“Suspek turut mengaku mengambil sebuah telefon bimbit, wang tunai dan loket milik mangsa sebelum keluar dari rumah itu, namun telah membuangnya ke dalam sungai. Polis masih jalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini,” katanya.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap di Nibong Tebal bagi tujuan bedah siasat selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi. - KitaReporters


0
2
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago