Gambar hiasan... Mangsa tertarik dengan iklan kucing baka British Short Hair yang ditawarkan pada harga murah dalam media sosial. - Kredit foto: verst.com.my
SEORANG wanita berusia 24 tahun yang membeli seekor kucing baka British Short Hair selepas tertarik dengan iklan haiwan itu dalam media sosial kerugian RM3,230 pada 2 Ogos 2021 dipercayai akibat ditipu.
Ketua
Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superitendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata
terdahulu mangsa melihat iklan berkaitan kira-kira jam 1.30 petang pada 2 Ogos dan
kemudiannya menghubungi penjual melalui WhatsApp.
“Mangsa nyatakan
hasrat membeli kucing itu yang diiklankan dengan harga murah. Penjual
memaklumkan terdapat dua ekor kucing baka itu yang akan dijual dengan harga RM240
hingga RM290.
“Mangsa bersetuju
membelinya lalu membuat pembayaran seperti diminta. Mangsa melakukan empat pemindahan
secara dalam talian sebanyak RM3,230 bagi pelbagai urusan berkaitan haiwan itu.
“Setelah bayaran
dibuat, penjual yakni suspek salahkan mangsa kerana melakukan pemindahan wang
RM1,900 sebanyak dua kali. Mangsa mulai curiga lalu tidak mahu teruskan urusan
dan minta wangnya dikembalikan,” katanya dipetik Sinar Harian, 3 Ogos 2021.
Tambah
beliau, suspek bukan sahaja enggan memulangkannya tetapi turut meminta mangsa
membuat bayaran terlebih dahulu bagi urusan pembatalan.
Katanya lagi, mangsa kemudiannya tampil membuat
laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut
Seksyen 240 Kanun Keseksaan kerana menipu. - KitaReporters