Berita Terkini 01 Oct, 2021

Berita Terkini| Polis kesan penipuan dalam WhatsApp! Perdaya sebagai majikan hingga rugi RM30k

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesan modus operandi baharu penipuan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk memperdaya mangsa melalui kaedah penyamaran sebagai majikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata PDRM menerima sebanyak dua kes penipuan berkenaan, melibatkan kerugian sebanyak RM30,250.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, suspek akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai majikan dengan menggunakan gambar profil mirip dengan gambar majikan mereka itu kepada mangsa.

“Mangsa yang percaya kemudiannya akan diarahkan untuk membuat pembelian kad ‘Google Play Gift’ yang boleh dibeli di kedai serbaneka dan menyerahkan maklumat nombor pin kad berkenaan kepada suspek.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati nombor telefon yang digunakan adalah berbeza dengan nombor sebenar milik majikan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat, 1 Oktober 2021.

Mohd Kamarudin berkata dalam usaha mencegah kes sedemikian, orang ramai diminta berwaspada apabila menerima mesej melalui WhatsApp atau panggilan daripada nombor tidak dikenali. - KitaReporters



17
10
0
13
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago