Berita Terkini 15 Jul, 2021

Berita Terkini| Keputusan masuk IPTA ! Boleh semak mulai 12 tengah hari Jumaat 16 Julai 2021!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

KPT memaklumkan hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan. - Kredit foto: malaysiagazette


KEPUTUSAN permohonan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma, serta Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Universiti Teknologi Mara (UiTM), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan esok Jumaat, 16 Julai 2021.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata, pemohon boleh menyemak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari di pautan https://jpt.utm.edu.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.my dan http://jpt.umt.edu.my.

Menurut KPT, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai Sabtu, 17 Julai hingga 26 Julai 2021 ini dalam laman web Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA.

"Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA pada hari yang sama calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti dinyatakan,” katanya seperti dipetik oleh Bernama, Khamis 15 julai 2021.

KPT berkata, hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke universiti awam dan politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai esok, 16 Julai hingga 26 Julai 2021.

Rayuan ke kolej komuniti dan ILKA pula boleh diajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Menurut KPT, tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan. - KitaReporters


Menurut KPT, tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan. kredit Foto: Astro Awani 


 

 

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago